SHAH ALAM - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) giat menyiasat 510 syarikat yang disyaki terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida berkaitan dengan tender-tender bernilai lebih dari RM3 billion.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, aktiviti itu meliputi tender dalam sektor awam dan sektor swasta.Menurutnya, pada 13 Oktober 2026, MyCC telah mengeluarkan satu Keputusan Cadangan Baharu terhadap 18 perusahaan atas dakwaan penglibatan dalam aktiviti kartel tipuan bida."Kes-kes ini melibatkan unsur pakatan kartel oleh sejumlah perusahaan dalam 30 tender bagi pembekalan makanan termasuk bagi sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta penyediaan perkhidmatan pembersihan."Tawaran tender-tender ini telah dibuka oleh 12 entiti sektor awam, iaitu melibatkan enam kementerian, tiga IPTA, dua Jabatan Agama Islam Negeri dan satu Badan Berkanun Persekutuan dengan jumlah keseluruhan nilai perolehan sebanyak RM108.3 juta."Antara bukti yang diperolehi oleh MyCC adalah penyelarasan dan penyediaan dokumen tender secara berpusat, pertukaran maklumat termasuk harga bidaan yang dicadangkan dan perkongsian kewangan serta sumber manusia antara perusahaan-perusahaan yang terlibat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 Peringkat KPDN di Dewan Rakyat.Tambah Armizan, perusahaan-perusahaan ini kini diberi peluang untuk mengemukakan representasi kepada MyCC.Jelasnya, keputusan akhir akan dikeluarkan selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh perusahaan-perusahaan ini bersama-sama dengan bukti yang diperoleh semasa penyiasatan."Termasuk keputusan terbaharu ini, statistik jumlah keseluruhan meliputi keputusan cadangan dan akhir menunjukkan MyCC telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 58 syarikat dalam penglibatan isu tipuan bida yang melibatkan jumlah penalti sebanyak RM98.49 juta," katanya.
MyCC siasat 510 syarikat, disyaki terlibat kartel tipuan bida bernilai lebih RM3 billion

Key takeaways
MyCC menyiasat 510 syarikat yang disyaki terlibat dalam kartel tipuan bida bernilai lebih RM3 bilion merentas sektor awam dan swasta. Seramai 18 perusahaan telah menerima Keputusan Cadangan Baharu atas dakwaan penglibatan dalam 30 tender.
- Tender yang disiasat melibatkan pembekalan makanan dan perkhidmatan pembersihan dengan jumlah keseluruhan RM108.3 juta.
- Bukti kartel termasuk penyelarasan dokumen berpusat serta pertukaran maklumat harga dan perkongsian kewangan.
- Perusahaan yang didakwa kini diberikan peluang untuk mengemukakan representasi rasmi kepada MyCC.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 30 ditahan disyaki terlibat sindiket persundalan Malaysia-Singapura
- Free Malaysia Today 30 tender makanan, pembersihan RM108.3 juta disyaki terbabit kartel
- Malaysiakini (BM) Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes pecah kubur di Miri
- Sinar Harian MyCC siasat 510 syarikat, disyaki terlibat kartel tipuan bida bernilai lebih RM3 billion (this story)









