KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 15 Tahun (B-15) Malaysia berdepan laluan sukar pada Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 apabila tewas 6-2 di tangan Afrika Selatan dalam aksi pusingan 32, Tier B, hari ini.
Kekalahan itu menyaksikan skuad muda negara perlu segera bangkit apabila bakal berdepan Jamaica dalam aksi pusingan 16, Tier B bagi merebut kedudukan antara tempat ke-49 hingga ke-64.
Afrika Selatan mempamerkan ketajaman di depan gawang menerusi Camden Schaper yang meledak empat gol pada minit ketiga, kesembilan, ke-21 dan ke-26 untuk meletakkan Malaysia dalam situasi sukar.
Tshiamo Mashishi turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit keempat, manakala Alex Van Der Werf menambah gol pada minit ke-33 bagi melengkapkan kemenangan Afrika Selatan.









