Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen menyerbu empat unit kediaman mewah di Pudu yang disyaki dijadikan pusat penipuan pelaburan dalam talian, semalam dengan 20 warga asing ditahan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata serbuan di sekitar Jalan San Peng itu dijalankan selepas risikan selama dua minggu.
Beliau berkata, operasi bermula jam 11.45 pagi membabitkan sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
"Seramai 20 warga asing berusia antara 23 hingga 43 tahun ditahan, terdiri daripada lima lelaki Taiwan, empat lelaki China, empat lelaki India serta empat lelaki dan dua wanita Thailand.










