Urda, Sepanyol: Perlanggaran dua kereta api berkelajuan tinggi di selatan Madrid hari ini mengorbankan 31 orang dan mencederakan 80 yang lain.

Pihak berkuasa wilayah memaklumkan angka korban mungkin meningkat dengan kejadian itu yang insiden kedua berlaku di Sepanyol tahun ini.

Wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian di wilayah tengah Castilla-La Mancha melihat sebuah kereta api tersangkut pada kereta api yang lain, dengan beberapa gerabak terbalik dan timbunan serpihan logam berselerak di tepi tebing landasan.

Berpuluh kenderaan perkhidmatan kecemasan dilihat keluar masuk dari lokasi kejadian, manakala helikopter berlegar di ruang udara ketika operasi mencari mangsa yang terselamat dijalankan seberapa pantas yang mungkin.