Keadaan MPV Nissan Grand Livina dinaiki mangsa yang libat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik TNB di KM 90 Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Loji Air Bukit Bauk, petang tadi. (Gambar JBPM)DUNGUN: Tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM 90 Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Loji Air Bukit Bauk, petang tadi.

Ketua Polis Dungun Nik Ab Halim Nik Mat berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 5.15 petang, melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah pacuan empat roda milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata tiga mangsa yang maut menaiki MPV jenis Nissan Grand Livina iaitu Mohamad Zulkefli Ishak, 32, dan isterinya Norshila Zali, 36, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.