DUNGUN – Tiga sekeluarga termasuk sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Grand Livina dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pikap syarikat utiliti di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu -Kuantan berhampiran Bukit Bauk, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 5 petang itu, mangsa, Mohamad Zulkefli Ishak,32, dan isterinya, Norshila Zali, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Adik Mohamad Zulkefli, Muhammad Alif Syukri Ishak, 18, pula menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Unit