KLANG – Seorang lelaki berputih mata apabila rantai leher emas dipakainya diragut penunggang motosikal ketika berjalan kaki untuk membeli barangan di Taman Berkeley di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari apabila mangsa didatangi suspek yang menaiki motosikal dari arah belakang.
Katanya, suspek kemudian menarik rantai leher emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dike









