LUMUT – Segari dan Lekir merupakan kawasan yang berpotensi di daerah Manjung bagi dibangunkan Politeknik AI pertama negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, hasrat untuk membangunkan politeknik berkenaan telah pun dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Ya, kita telah pun masukkan dalam RMK13 dan ia akan mulai dimasukkan dalam kerja-kerja awal kita iaitu untuk Rolling Plan Ketiga.

“Maksudnya untuk tempoh RMK13 kita ada lima tahun dan mulai tahun hadapan semakan awal akan dibuat termasuk dari segi permohonannya, dari segi perbelanjaannya serta perun