MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengakui wujud perbezaan pandangan dalam kalangan parti komponen gabungan itu sehingga menimbulkan persepsi negatif dan mengguris hati sesetengah pihak.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kepentingan perpaduan perlu diutamakan bagi memastikan BN memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekali gus menjadikan kemenangan di negeri itu sebagai landasan menuju Putrajaya.

Katanya, perbezaan pandangan yang timbul perlu diketepikan demi matlamat lebih besar, iaitu memastikan BN kembali mendapat mandat rakyat di Melaka.

"Bukan mudah untuk menguruskan sesebuah parti, apatah lagi memelihara perpaduan dalam gabungan yang terdiri daripada pelbagai parti dengan pendirian masing-masing.