KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan memulakan tindakan disiplin ke atas BERSATU kerana melakukan tindakan bertentangan kepentingan gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata tindakan disiplin itu dibuat mengikut Fasal 15 perlembagaan gabungan itu dengan notis akan dikemukakan dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, katanya, BERSATU akan diberi suatu tempoh untuk memberi penjelasan berhubung pertuduhan dikemukakan kepada mereka, sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamadkan.

Beliau berkata, ketetapan mengambil tindakan disiplin yang boleh membawa kepada hukuman diberi amaran, digantung atau dipecat terhadap BERSATU itu dipersetujui dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) PN, malam ini.