Kuala Lumpur: Perikatan Nasional (PN) akan memulakan prosiding tatatertib terhadap BERSATU atas dakwaan melakukan tindakan yang bertentangan dengan kepentingan gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata tindakan berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) PN malam ini dan akan dilaksanakan mengikut Fasal 15 perlembagaan gabungan itu.

Katanya, notis berhubung pertuduhan terhadap BERSATU akan dikemukakan dalam tempoh terdekat, manakala parti itu akan diberikan tempoh sewajarnya untuk mengemukakan penjelasan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

Beliau berkata, tindakan tatatertib yang boleh dikenakan termasuk amaran, penggantungan atau pemecatan.