KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan gabungan itu.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN pada malam Ahad mengikut Fasal 15 Perlembagaan PN yang memperuntukkan tindakan tatatertib terhadap parti anggota.Katanya, mengikut fasal itu, tindakan yang boleh dikenakan termasuklah amaran, penggantungan atau pemecatan, bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.AKAN MENYUSUL