SKUAD bola sepak Bawah 15 Tahun (B-15) negara meneruskan prestasi cemerlang dalam kempen Kumpulan H Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, apabila meraih dua kemenangan berturut-turut, pada Ahad. Skuad kendalian P Maniam itu terlebih dahulu menewaskan Syria 3-1 sebelum melakar kemenangan lebih bergaya dengan membelasah Ethiopia 5-0 pada aksi kedua. Ketika menentang Syria, Danny Firas Musleyadi membuka tirai jaringan pada minit ke-17 sebelum Iman Lutfi Zairol Hisham meledak dua gol pada minit ke-32 dan ke-35. Syria kemudian merapatkan jurang menerusi jaringan pada minit ke-36, namun Malaysia kekal tenang untuk memastikan kemenangan 3-1. Momentum itu diteruskan ketika berdepan Ethiopia apabila Danny Firas sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring dengan membuka akaun pada minit keempat. Aqheef Haiqal Koko kemudian meledak dua gol dalam tempoh dua minit, masing-masing pada minit ke-21 dan ke-23, sebelum Iman Lutfi melengkapkan kemenangan besar Malaysia menerusi dua jaringan pada minit ke-29 dan ke-39. Malaysia sebelum itu membuka kempen dengan kemenangan 3-1 ke atas Dominica. Skuad muda negara seterusnya dijadual menentang Hungary pada Isnin sebelum berdepan Mexico dalam aksi berikutnya.
Skuad B-15 negara terus mengganas di Azerbaijan

Key takeaways
Skuad B-15 negara meraih dua kemenangan berturut-turut dalam pertandingan di Azerbaijan.
- Skuad B-15 menewaskan Syria 3-1 dan Ethiopia 5-0.
- Danny Firas mencetak gol dalam kedua-dua pertandingan.
- Kemenangan ini membantu skuad memperkukuhkan prestasi dalam kempen Piala Dunia 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Maresca mahu City terus mengganas di padang
- Utusan Malaysia Barcelona terus mengganas, Flick puas hati
- Harian Metro Enam pemain pelapis perkuat skuad takraw negara
- Harian Metro SSTMI B terus mengganas, Alfa Cafe MIBJ A diuji
- Harian Metro Munoz mahu JDT terus mengganas tembusi kubu lawan
- Sinar Harian Skuad B-15 negara terus mengganas di Azerbaijan (this story)







