KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera parti, bekerja keras bagi meraih kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Anwar yang juga Perdana Menteri, berkata segala fitnah dan hasutan perkauman perlu ditangkis, menerusi pencapaian serta khidmat bakti kepada rakyat.

"Ayuh seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan, galas amanah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dengan kerja keras.

"Mudah-mudahan keikhlasan dan kesungguhan kita mampu mencipta sejarah di bumi Melaka serta menggerakkan pembaharuan demi masa depan yang lebih adil, makmur dan bermaruah," kata beliau.