PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembahagian kerusi dan penentuan calon akan diputuskan menerusi beberapa siri mesyuarat yang akan diadakan.
“Oleh kerana Perikatan Nasional sudah kembali, kita mengumumkan kita akan menggunakan logo Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Negeri Melaka, Insya-Allah.
“Berapa kerusi dan berapa calon itu kita akan tentukan kerana kita akan mengadakan beberapa mesyuarat untuk kita muktamad.









