PETALING JAYA: Hajat dua beregu negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing untuk merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis tidak kesampaian selepas mereka tewas kepada lawan masing-masing di Paris, Perancis, hari ini.
Dalam perlawanan akhir, beregu wanita No. 4 dunia, Pearly Thinaah tewas kepada juara bertahan, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun 21-10, 17-21, 16-21 dalam masa 1 jam 4 minit.
Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah kini dipintas pasangan No. 3 dunia itu dengan rekod pertemuan 5-6.
Sementara itu, dalam aksi beregu campuran, Pang Ron-Pei Jing tunduk kepada gandingan No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China 10-21, 13-21 dalam masa 37 minit.








