KUALA LUMPUR: Tempoh Mega Bazar Deepavali di ibu negara dilanjutkan daripada 21 hari kepada 30 hari bagi memberi lebih ruang kepada peniaga meraih pendapatan sepanjang musim perayaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata pelanjutan tempoh itu membolehkan peniaga berniaga dengan lebih lama, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung hadir membeli-belah.

“Saya berharap ramai lagi pengunjung akan datang ke sini dan memberikan sokongan kepada peniaga yang sedang menjual barangan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perasmian Mega Bazar Deepavali 2026 di Pusat Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) @ Brickfields hari ini, di sini.