Tehran: Pasukan pertahanan udara Tentera Iran menembak jatuh sebuah dron Lucas milik Amerika Syarikat (AS) di ruang udara bandar pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA) yang memetik kenyataan tentera.

Dron berkenaan dipintas dan dimusnahkan pada Ahad oleh sistem pertahanan udara yang beroperasi di bawah rangkaian pertahanan udara bersepadu negara itu, menurut tentera Iran.

Terdahulu, Ketua Tentera Iran berkata negara itu telah menilai keupayaan musuh dan bersedia menghadapi peperangan asimetri serta mempunyai kelengkapan yang diperlukan untuk tujuan berkenaan.

Insiden terbaharu itu menyusuli beberapa kejadian pemintasan dron seumpamanya berhampiran Selat Hormuz sejak beberapa minggu kebelakangan ini.