London: Jadon Sancho mungkin akan menyertai kelab La Liga, Getafe selepas dilaporkan menerima tawaran mengejut.

Bekas bintang Manchester United itu sebelum ini meraih gaji lumayan sebanyak £250,000 (RM1.36 juta) seminggu di Old Trafford.

Bagaimanapun, tawaran kontrak baharu untuk pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan menyaksikan beliau bakal meraih £10,000 seminggu (RM54,000) menandakan pengurangan gaji sebanyak 96 peratus.

Akhbar The Telegraph melaporkan bahawa Sancho menerima tawaran rasmi daripada kelab Sepanyol itu kira-kira seminggu selepas mereka membuat pendekatan awal.