Sepang: Pencapaian kontinjen negara yang menduduki tempat ke-12 keseluruhan pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya membuktikan pendekatan lebih fokus dalam pemilihan atlet mampu memberikan hasil positif meskipun dengan jumlah kontinjen lebih kecil.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, kejayaan meraih 27 pingat termasuk tujuh emas membanggakan negara, sekali gus membuktikan kemampuan atlet para Malaysia bersaing di pentas antarabangsa.
Beliau berkata, pencapaian itu wajar dipuji kerana kontinjen negara berjaya menunjukkan prestasi lebih baik menerusi kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam memastikan atlet terbaik dibawa ke temasya berkenaan.
"Kita menyambut kepulangan atlet dan kontinjen para yang membanggakan negara dengan pencapaian agak cemerlang dan luar biasa.








