BANDAR GAZA: Seribu tan tepung dihantar ke Semenanjung Gaza pada hari ini, manakala seribu tan lagi dijangka tiba pada Isnin, kata Ketua Persatuan Pembuat Roti Semenanjung Gaza Abdel Nasser al-Ajrami kepada RIA Novosti.
Sekatan di pintu sempadan serta kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan makanan, termasuk tepung, telah memburukkan lagi situasi makanan di Semenanjung Gaza, dengan sumber tempatan melaporkan ancaman kebuluran yang kembali berulang.
"Seribu tan tepung tiba di Semenanjung Gaza hari ini, dan seribu tan lagi dijangka tiba esok. Keseluruhan bekalan itu akan diagihkan kepada kedai roti dengan sokongan daripada Program Makanan Sedunia (WFP), dan tepung berkenaan tidak akan dijual di pasaran," kata al-Ajrami.









