BUCHAREST: Romania menembak jatuh dua dron di Laut Hitam pada Sabtu dalam insiden terbaharu yang dipercayai berpunca daripada limpahan konflik susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Beberapa kapal dilaporkan diserang dron di Laut Hitam, berhampiran pantai Romania dan Bulgaria.

Dron berkenaan ditembak jatuh oleh jet pejuang F-16 kira-kira 20 kilometer ke tenggara bandar Sulina.

“Dua dron dipintas dan ditembak jatuh oleh juruterbang tentera Romania di ruang udara Laut Hitam beberapa minit lalu, sejurus selepas memasuki wilayah negara kami secara haram.