MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) perlu bersedia menghadapi serangan peribadi yang didakwa mula digerakkan pihak tidak bertanggungjawab menjelang pilihan raya.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata beliau antara individu terawal menjadi sasaran apabila isu lama berkaitan hal peribadinya mula tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa jentera parti membantu mempertahankan calon dan pemimpin BN menerusi media sosial.
"Saya yakin selepas ini mereka akan mula menyerang peribadi (Datuk Mohd Noor) Helmy (Abdul Halem).








