SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan calon berkaliber, diterima masyarakat dan mampu bekerja selepas pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemilihan calon itu penting bagi memastikan wakil rakyat yang diketengahkan parti mampu menjalankan tanggungjawab selepas mendapat mandat rakyat.
“Harapan saya ialah supaya kita dapat mengetengahkan calon-calon yang berkaliber, calon-calon yang diterima oleh masyarakat dan calon-calon yang boleh bekerja selepas pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas harapannya terhadap calon BN yang bakal diumumkan bagi menghadapi PRN Melaka.








