Rembau: Malaysia sedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan kepada Indonesia dalam menangani masalah jerebu rentas sempadan termasuk mendapatkan sokongan atau bantuan daripada negara Teluk sekiranya diperlukan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia memahami kesukaran Indonesia bagi menguruskan kebakaran hutan yang luas dan jauh daripada kawasan sempadan.

Katanya, beliau akan menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia Arrmanatha Christiawan Nasir dalam masa terdekat bagi membincangkan keperluan bantuan berkenaan.

"Saya bersetuju juga dengan Syeikh Abdullah Zayed Al Nahyan (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Emiriah Arab Bersatu) semalam di mana beliau mengatakan jika perlukan bantuan daripada mereka, beliau bersedia dengan rakan-rakan yang lain untuk menghantarkan bantuan.