KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, mempersoalkan tindakan kerajaan yang baru kini melarang penjawat awam menggunakan navigasi Waze, sedangkan hubungan aplikasi itu dengan Israel sudah lama diketahui.

Shahril turut mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai strategi jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada teknologi asing.

"Kita faham ada kebimbangan mengenai keselamatan negara, namun kenapa isu berkaitan Waze hanya dibangkitkan sekarang?

"Jika sudah lama tahu bahawa Waze diperbadankan dan kekal di Israel bertahun-tahun, kenapa perkara ini menjadi isu sekarang?" katanya dalam episod terbaru audio siar 'Keluar Sekejap' semalam.