PENAMPANG - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan lebih 17 tahun lalu, berjaya diberkas di sebuah kediaman sekitar Kolombong, Inanam pada Khamis lalu.Suspek berusia 42 tahun adalah individu dikehendaki pihak polis berkaitan kes bunuh seorang lelaki yang berlaku di daerah ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintenden Asparisanti Aziz berkata, tangkapan berjaya dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang."Hasil usaha pengesanan dan siasatan yang berterusan, berjaya menahan lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang berlaku lebih 17 tahun lalu."Siasatan melibatkan kematian seorang lelaki di Beverly HIlls, di sini pada 11 April 2009," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Asparisanti berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tapi tidak lebih 40 tahun."Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai," katanya.Sehubungan itu katanya, kejayaan tangkapan itu membuktikan komitmen dan kesungguhan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah."Selain itu bagi memastikan individu yang disyaki terlibat dalam jenayah serius terus dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Suspek kes bunuh 17 tahun lalu berjaya diberkas

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan lebih 17 tahun lalu di Penampang.
- Suspek ditahan di Kolombong, Inanam pada Khamis lalu.
- Kes pembunuhan melibatkan kematian seorang lelaki pada 11 April 2009.
- Jika disabit, boleh dihukum mati atau penjara 30 hingga 40 tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Tak boleh kencing sendiri sejak dua tahun lalu
- Sinar Harian Suspek kes bunuh 17 tahun lalu berjaya diberkas (this story)
- Berita Harian Suspek kes bunuh ditahan selepas 17 tahun diburu






