Kuala Lumpur: Pekerja maut dan rakannya cedera selepas dirempuh kereta dipandu lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol.

Dalam kejadian padaa 5 pagi hari ini, mangsa dikatakan sedang mengemas peralatan selepas selesai kerja memasang papan tanda amaran di Lebuhraya Sultan Iskandar, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan berlaku di laluan dari arah Jalan Damansara menghala ke Jalan Parlimen.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar dua pekerja yang berada di lorong kiri jalan.