KUCHING: Polis merekodkan 13 tangkapan dan 22 rampasan di seluruh Sarawak menerusi Op Lusuh Khas 2/2026 bagi membanteras sindiket barangan lusuh tidak sah.
Dalam operasi dijalankan bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober lalu, sebanyak 84 premis dan 147 individu diperiksa.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak, berkata daripada keseluruhan premis yang diperiksa, 80 premis adalah berlesen, manakala empat lagi didapati tidak berlesen.
Katanya, operasi berkenaan dilaksanakan bagi memastikan premis berkenaan mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan, selain membanteras kegiatan penjualan atau pembelian barangan yang dipercayai diperoleh secara tidak sah.









