KUALA LUMPUR: Kapal tangki MT Global 168 yang ditahan pihak berkuasa Indonesia bersama 1.16 tan ketamin, disahkan milik sebuah syarikat berdaftar di Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pengesahan itu diperoleh pihaknya hasil semakan terhadap pemilikan kapal berkenaan.
Katanya. kapal terbabit dimiliki syarikat berdaftar di Malaysia, dengan ibu pejabat di Johor Bahru dan mempunyai dua pengarah warga tempatan berusia lingkungan 40-an dan 50-an.
"Hasil semakan juga mendapati kedua-dua pengarah syarikat berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya di sini, hari ini.









