Media Indonesia melaporkan pihak berkuasa negara itu merampas lebih dua tan dadah dianggarkan bernilai USD300 juta menerusi dua operasi di Pulau Sumatera, termasuk penahanan sebuah kapal tangki yang dikaitkan dengan syarikat berpangkalan di Johor Bahru. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan bekerjasama dengan Polis Indonesia (Polri) bagi menyiasat kemungkinan penglibatan sindiket yang beroperasi di Malaysia dalam kes rampasan 1.16 tan ketamin daripada kapal tangki MT GLOBAL 168 di perairan Tanjung Balai Asahan, Indonesia pada 20 Okt lepas.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut menyiasat kaitan kapal berkenaan dengan Malaysia, serta kemungkinan penglibatan warga tempatan dalam sindiket terbabit.