Perdana Menteri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Ali (dua dari kiri) dan Fuziah Salleh (dua kanan) ketika melancarkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30). (Gambar Bernama)MELAKA: Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) yang dilancarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menggariskan 429 ikhtiar menerusi 35 strategi bagi menangani tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Pelan tindakan selama lima tahun itu, yang merangkumi lapan kluster strategik, menjadi kerangka tindakan nasional bagi menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan kos sara hidup merentasi kementerian dan agensi kerajaan menerusi pendekatan keseluruhan negara.






