MELAKA - Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggariskan 429 ikhtiar menerusi 35 strategi bagi menangani tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.Pelan tindakan selama lima tahun itu, yang merangkumi lapan kluster strategik, menjadi kerangka tindakan nasional bagi menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan kos sara hidup merentasi kementerian dan agensi kerajaan menerusi pendekatan keseluruhan negara.Kluster berkenaan ialah pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan umum dengan pelaksanaannya turut melibatkan kerjasama sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelan itu menetapkan dua keutamaan, iaitu meningkatkan pendapatan rakyat serta menstabilkan harga barangan serta perkhidmatan asas.Beliau berkata pelan itu merangkumi usaha meneruskan dan menambah baik inisiatif sedia ada termasuk komitmen fiskal selain memperkenal ikhtiar baharu bagi menangani isu kos sara hidup."Ia juga bersifat dinamik bertujuan memastikan pelan tindakan berkenaan kekal relevan dan boleh disesuaikan dalam mendepani cabaran domestik selain ketidaktentuan geopolitik serta geoekonomi global," katanya pada sidang media di sini hari ini.Armizan berkata, NCLAP30 turut selari dengan hala tuju dasar utama negara termasuk Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13.Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi mandat lebih luas untuk memantau pelaksanaan semua ikhtiar sara hidup merentasi kementerian dan agensi kerajaan.Armizan berkata sebelum ini, peranan NACCOL tertumpu pada penelitian dan pertimbangan inisiatif baharu serta isu berkaitan kos sara hidup namun kini turut merangkumi pemantauan menyeluruh terhadap pelaksanaan inisiatif yang telah digariskan."Matlamatnya ialah supaya 429 ikhtiar sara hidup yang digariskan ini dapat dilaksanakan dengan sehabis baik, secara teratur, bersasar dan tidak ada pertindihan untuk mencapai keberhasilan yang optimum," katanya.Beliau berkata, kejayaan pelan itu turut memerlukan kerjasama sektor swasta, NGO dan masyarakat bagi memastikan manfaat setiap inisiatif dapat dirasai rakyat secara menyeluruh.Terdahulu, majlis pelancaran itu berlangsung di Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong di sini dan turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh. - Bernama
PM lancar Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) yang mengandungi 429 ikhtiar dalam 35 strategi untuk menangani tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
- Pelan lima tahun ini merangkumi lapan kluster strategik termasuk pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan umum.
- Dua keutamaan utama ditetapkan iaitu meningkatkan pendapatan rakyat serta menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan asas.
- Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi mandat lebih luas untuk memantau pelaksanaan semua ikhtiar merentasi kementerian dan agensi kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian PM lancar Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (this story)
- Free Malaysia Today Kerajaan lancar pelan 5 tahun dengan 429 ikhtiar tangani kos sara hidup








