PASIR GUDANG – Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah dalam kejadian di kawasan berhampiran tangki air di Jalan Kedidi 26, Taman Kedidi di sini pada Sabtu.Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi.Menurut beliau, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang serta BBP Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai."Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)."Setibanya PKO di lokasi, terdapat seorang lelaki dewasa dipercayai tertimbus di dalam tanah. Pasukan kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, operasi menyelamat terpaksa dihentikan sementara pada jam 11.46 pagi berikutan hujan lebat dan faktor keselamatan anggota di lokasi kejadian.Bagaimanapun, operasi disambung semula selepas keadaan mengizinkan dengan anggota bomba menggunakan peralatan khas Paratech, cangkul dan skop bagi memudahkan kerja-kerja penggalian tanah."Mangsa berjaya ditemui dan dikeluarkan pada jam 12.33 tengah hari."Pegawai perubatan yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.Menurut Firdaus, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.53 tengah hari.
Lelaki maut tertimbus tanah berhampiran tangki air

Key takeaways
Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah di kawasan berhampiran tangki air di Pasir Gudang.
- Kecemasan diterima pada jam 10 pagi oleh pasukan bomba.
- Operasi menyelamat dihentikan sementara kerana hujan lebat.
- Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk menggali tanah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki maut tangki helium meletup
- Utusan Malaysia Lelaki ditemukan maut tertimbus tanah di Pasir Gudang
- Sinar Harian Lelaki maut tertimbus tanah berhampiran tangki air (this story)
- Berita Harian Lelaki maut tertimbus ketika cari batu permata








