JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai sedang mencari batu permata maut selepas tertimbus berhampiran tangki air, Jalan Kedidi 26, Taman Kedidi, di Pasir Gudang, di sini hari ini.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Jamaluddin Wahab, 48, dan berasal dari Taman Cahaya Masai, di sini mengunjungi lokasi itu bersama seorang rakannya yang selamat.
Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10 pagi.
Susulan itu katanya, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.









