Kuala Lumpur: Sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Seremban merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.
Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan Kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat (166), Kluang dan Larkin (165), Tangkak (162), Pasir Gudang (161), Segamat (155), Pengerang (154) dan Kota Tinggi (151).
Di Negeri Sembilan, selain Seremban, Nilai merekodkan IPU 166 dan Port Dickson (140), manakala di Melaka, iaitu Bukit Rambai mencatatkan bacaan 163, Bandaraya Melaka (160) dan Alor Gajah (158).
Di Kuala Lumpur, Batu Muda merekodkan bacaan 159 dan Cheras (141), manakala Putrajaya mencatatkan 118, dan di Pahang, iaitu Rompin merekodkan bacaan 141.









