Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mengakui semakin yakin dengan kemampuan mereka selepas melangkah ke final Terbuka Perancis, sekali gus mencatat penampilan final kedua musim ini.
Pang Ron berkata, kejayaan mara ke separuh akhir secara berturut-turut sebelum mengesahkan tempat ke final menjadi perkembangan positif buat mereka dalam kempen Eropah kali ini.
"Sudah tentu saya sangat gembira. Seperti yang saya katakan semalam, ini kali pertama saya berjaya mara ke separuh akhir dalam dua kejohanan berturut-turut, dan kini ke final pula.
"Saya berharap kami dapat melakukan lebih baik esok," katanya selepas perlawanan kepada Persekutuan Badminton Dunia.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F09%2F98309e24cf81c88194156e7653b4cb28.png&w=480&output=webp&q=85&we)