London: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menegaskan beliau mendapat sokongan daripada 'majoriti besar' dalam bola sepak dunia, sambil tersenyum apabila ditanya sama ada pernah mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan susulan kontroversi cadangan penjualan aset berkaitan Piala Dunia.
Dalam satu temu bual, Infantino tampil dengan nada tegas kepada BBC Sport mengenai kedudukannya selepas kontroversi cadangan Fifa Forward Enterprise (FFE), sambil mengakui bukan mudah untuk menghimpunkan pandangan berbeza 'di bawah satu bumbung'.
"Tiada apa yang buruk dengan perbezaan pendapat. Kita melihatnya setiap hari di begitu banyak negara di seluruh dunia.
"Tidak mengapa untuk tidak bersetuju. Tidak mengapa mempunyai pandangan berbeza, tetapi kemudian kita perlu mampu bergerak ke hadapan," katanya.










