Kuala Lumpur: Nadia Lim membuktikan kata-katanya apabila berjaya mencatat masa di bawah dua minit dalam acara 200 meter gaya bebas wanita, sekali gus mencipta rekod kebangsaan baharu, hari ini.

Perenang Kelab Renang Kurenang itu mencatat masa 1 minit 59.19 saat (s) pada Kejohanan Renang Jarak Pendek Kebangsaan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Catatan itu memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri, iaitu 2:03.38s, dengan perbezaan 4.19s, selain turut menjadi rekod baharu kejohanan.

Lebih penting, Nadia menamatkan perlumbaan 0.46s lebih pantas berbanding had kelayakan B, iaitu 1:59.65s, bagi Kejohanan Renang Jarak Pendek Dunia di Beijing.