LONDON: Edson Alvarez dituduh menjual sijil Covid-19 palsu hanya beberapa minggu selepas dia didakwa oleh individu yang sama terbabit dalam plot penculikan yang sudah dinafikan olehnya.
Pemain bola sepak itu menghabiskan dua musim di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama West Ham sebelum dipinjamkan pada musim lalu.
Alvarez, 28, kini kembali bersama The Hammers selepas gagal mendapatkan perpindahan keluar daripada pasukan yang tersingkir dari liga itu.
Dia hanya membuat satu penampilan musim ini iaitu ketika kemenangan 3-1 ke atas Portsmouth dalam Piala Liga pada 8 Ogos.








