Kota Bharu: Ahli PAS dilarang menyokong calon BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan jika parti berkenaan menolak penggunaan lambang gabungan bersama.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ahli PAS tidak sepatutnya menyokong calon BERSATU sekiranya parti itu memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya berkenaan menggunakan logo sendiri.
"Jika mereka menggunakan logo BERSATU, ahli kami tidak dibenarkan menyokong mereka," katanya ketika ditemui.
Takiyuddin, yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), berkata PAS setakat ini mengesahkan akan bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut menyaksikan BERSATU meletakkan calon di kerusi sama.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2F7a03a64b2d9d06cf2cc930d3e069bd27.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)