KUALA TERENGGANU - Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Selasa lalu mencetuskan krisis politik melibatkan kesahan pentadbiran, pertikaian tanggungjawab antara parti komponen dan ketidaktentuan strategi pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Penganalisis Politik, Dr Azrie Azeh berkata, perkembangan terbaharu itu menimbulkan persoalan terhadap pematuhan undang-undang, akauntabiliti kepimpinan dan keupayaan pembangkang mengurus pertikaian yang melanda gabungan berkenaan."Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa, keputusan itu bermotifkan ketakutan terhadap gabungan berkenaan dan menyifatkan waktunya sebagai luar biasa kerana pembatalan diumumkan sehari sebelum prosiding mahkamah yang berkaitan dijadualkan berlangsung."Bagaimanapun, RoS menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas meneliti dokumen dan representasi PN yang dikemukakan pada 12 Oktober 2026, yang didapati gagal menyangkal asas pembatalan sebagaimana dinyatakan dalam notis terdahulu di bawah Akta Pertubuhan 1966," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, pertentangan antara dakwaan Samsuri dengan penjelasan RoS meletakkan isu ini dalam kerangka legitimasi institusi, iaitu keperluan memastikan tindakan pentadbiran berasaskan undang-undang dan boleh diteliti secara terbuka tanpa menganggap dakwaan mana-mana pihak sebagai fakta yang telah dibuktikan."Punca utama pertikaian berkaitan PN menyentuh dakwaan pelanggaran Fasal 7.1 perlembagaan gabungan apabila Bersatu dinafikan hak untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026, menurut alasan yang dinyatakan dalam notis RoS,"katanya.Jelas beliau, dalam perkembangan yang memperlihatkan ketegangan dalaman semakin terbuka, Bersatu melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyalahkan kepimpinan PN yang diterajui Pas atas krisis tersebut dan menegaskan bahawa penafian hak Bersatu dalam mesyuarat berkenaan merupakan isu tadbir urus yang serius."Pendirian Bersatu itu memperlihatkan bahawa krisis PN bukan sekadar pertikaian antara gabungan dengan RoS, malah turut menjadi pertarungan naratif tentang pihak yang bertanggungjawab terhadap kegagalan mematuhi perlembagaan organisasi dan pihak yang perlu memikul tanggungjawab politik atas kesannya."Bagi Pas, cabaran utamanya ialah menjelaskan kedudukan kepimpinan gabungan dan menangani dakwaan Bersatu secara berasaskan fakta serta peraturan bersama, manakala Bersatu perlu menentukan langkah institusional yang dapat mempertahankan haknya tanpa menambah ketidakpastian terhadap masa depan kerjasama pembangkang."Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula menyatakan bahawa gabungan itu akan mencabar keputusan RoS melalui saluran undang-undang, menjadikan proses kehakiman medan penting untuk menilai kesahan tindakan berkenaan dan menentukan perkembangan lanjut yang boleh mempengaruhi kedudukan organisas
PRN Melaka: Krisis PN jadi ujian terbesar Bersatu, Pas - Penganalisis

Key points
- Penganalisis Politik, Dr Azrie Azeh berkata, perkembangan terbaharu itu menimbulkan persoalan terhadap pematuhan undang-undang, akauntabiliti kepimpinan dan keupayaan pembangkang mengurus pertikaian yang melanda gabungan berkenaan.
- "Bagaimanapun, RoS menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas meneliti dokumen dan representasi PN yang dikemukakan pada 12 Oktober 2026, yang didapati gagal menyangkal asas pembatalan sebagaimana dinyatakan dalam notis terdahulu di bawah Akta Pertubuhan 1966," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
- Beliau berkata, pertentangan antara dakwaan Samsuri dengan penjelasan RoS meletakkan isu ini dalam kerangka legitimasi institusi, iaitu keperluan memastikan tindakan pentadbiran berasaskan undang-undang dan boleh diteliti secara terbuka tanpa menganggap dakwaan mana-mana pihak sebagai fakta yang telah dibuktikan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PN: Rundingan kerjasama PRN Melaka 'dalam lingkungan 100 peratus'
- Sinar Harian PRN Melaka: Krisis PN jadi ujian terbesar Bersatu, Pas - Penganalisis (this story)









