Melaka: Pakatan Harapan (PH) yakin mampu memecahkan dominasi Barisan Nasional (BN) di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, dengan bersandarkan rekod perubahan sokongan pengundi pada pilihan raya lalu.

Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tanggapan bahawa pengundi Melaka akan terus memilih BN walau apa juga usaha dilakukan tidak semestinya mencerminkan keputusan sebenar pada hari pengundian.

Menurut beliau, PH percaya rakyat mampu menilai prestasi pentadbiran dan membuat pilihan berdasarkan kepentingan mereka, sekali gus membuka ruang kepada perubahan politik di negeri berkenaan.

"Ada orang kata, buatlah Jualan Rahmah 1,000 kali, buatlah apa pun, datanglah Perdana Menteri macam mana pun, mereka kata yakin mereka akan tetap undi BN.