HULU SELANGOR: Seorang pembonceng motosikal maut dirempuh kenderaan selepas terjatuh di Kilometer 412.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa berusia lingkungan 20-an yang membonceng Honda RS 150R dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Malim menuju Rawang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran, berkata siasatan awal mendapati motosikal terbabit melanggar objek yang tidak dikenal pasti di atas jalan di lorong kecemasan.
"Akibat pelanggaran itu, tayar hadapan motosikal berkenaan pecah menyebabkan penunggang dan pembonceng terjatuh di atas jalan raya.









