MUAR: Bayi berusia sembilan bulan antara empat maut selepas pacuan empat roda (4WD) dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 107, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat Pagoh, petang tadi.

Nahas dipercayai berlaku pada jam 5 petang membabitkan pikap Ford Ranger, Toyota Vios dan treler.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Mohd Hafiz Mohd Shahid, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Ford Ranger merempuh treler yang diparkir di tepi lebuh raya.