MELAKA: Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 21 calon daripada tiga parti komponennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 , berbanding 28 calon yang diturunkan pada pilihan raya negeri itu pada 2021.

Senarai calon berkenaan diketuai Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan senarai calon itu dengan pembahagian kerusi menyaksikan PKR bertanding di sembilan kawasan, DAP di tujuh kawasan dan Amanah di lima kawasan.