Tempoh Adly Zahari sebagai ketua menteri Melaka dari 2018 hingga 2020 memberikannya reputasi pemimpin berprestasi tinggi, kata penganalisis Mazlan Ali. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Adly Zahari pilihan terbaik 'poster boy' Pakatan Harapan (PH) PRN Melaka pada 14 Nov, memandangkan beliau pemimpin Melayu-Muslim tunggal berjaya mengekalkan kerusi pada PRN 2021, kata penganalisis.

Mazlan Ali.Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, berkata prestasi Adly mencerminkan keupayaannya menarik sokongan pelbagai kaum, termasuk orang Melayu dalam pilihan raya menyaksikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar.

Beliau berkata, tempoh perkhidmatan Adly sebagai ketua menteri dari 2018 hingga 2020 memberikannya reputasi pemimpin berprestasi tinggi, di mana dasar dan programnya jauh berbeza daripada pentadbiran BN sebelumnya.