Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Utara, Azrol Anuar Nor berkata polis rakam percakapan empat saksi bagi melengkapkan siasatan, dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di kawasan Taman Perling ketika sedang bermain, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Utara, Azrol Anuar Nor berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, tangan dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Beliau berkata mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di atas tanah di bawah bangunan flat tersebut oleh penduduk setempat dan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira 5.30 petang.







