George Town: Seorang wanita warga asing meninggal dunia selepas ditemui lemas dalam kolam renang di sebuah kondominium di Tanjung Bungah, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.10 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 57 tahun itu sedang menjalani terapi akuatik bersama suaminya di kolam renang kondominium berkenaan kira-kira jam 5.20 petang.

"Suaminya meninggalkan wanita itu selama kira-kira lima minit untuk menjawab panggilan telefon daripada seorang rakan.