MELAKA: MCA tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tanpa mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata tindakan mengumumkan calon tanpa rundingan dan persetujuan parti adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.
Beliau juga mendakwa MCA tidak dimaklumkan lebih awal bahawa majlis BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam ini akan membabitkan pengumuman calon, sebaliknya diberitahu bahawa ia hanya majlis pelancaran jentera pilihan raya.
"Jika mereka umumkan pun, kami tidak akan mengakuinya. Jika pengerusi MCA sendiri tidak menandatanganinya, bagaimana ia boleh diiktiraf?








%2Ffile%2Fattachments%2F888%2FMCA_458180.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
